KREATIF ?

Anda Perlu Kreatif!
Posted by Tokei Kreatif | Artikel Kreatif, Grafik, Kedaikreatif | Wednesday 30 December 2009 1:22 am

Dari pengalaman kami sebagai penjual produk kreatif, kami menemui pelbagai ragam manusia yang sangat unik. Terima kasih kerana mewarnai dunia kreatif kami. Bagaimanapun saya rasa agak terkilan dengan sesetengah pelanggan produk kami yang tidak tahu menghargai nilai produk yang dibeli. Disebabkan ini, mungkin ada sesetengah dari mereka rasa kecewa dan tertipu.

Membuat pembeli rasa tertipu adalah satu perkara yang amat menyedihkan buat saya dan Team Kreatif. Kehadiran kami dalam dunia perniagaan online dan kreatif adalah untuk mengembangkan bidang ini ke tahap yang lebih baik dan memudahkan para pelanggan mencari perkhidmatan/ produk kreatif di internet. Mustahil kami sanggup mempergunakan kepercayaan pelanggan kami!

gambar berus catan

Di sini saya ingin kongsikan sedikit apakah maksud kreatif kepada kami dan kenapa anda perlu kreatif. Jika anda salah seorang pelanggan produk kami, anda mungkin mendapat bahan-bahan ‘kosong’ yang anda anggap ia hanyalah bekalan grafik, gambar, tutorial yang mungkin hanya untuk disimpan dalam hard disk semata-mata. Jika anda seorang pereka grafik, anda sukakan gambar-gambar grafik, corak dan kerawang untuk anda design menjadi suatu grafik yang menarik. Tapi bagaimana pulak jika anda bukan seorang pereka grafik? Apa anda akan buat?

Mari lihat dari sudut kreatif. Sebagai contoh, saya berikan sehelai kertas lukisan kosong kepada anda dan saya mengambil satu kertas. Mari kita melukis di atas kertas tersebut. Hanya dengan kertas kosong tersebut saya boleh menghasilkan wang ratusan ringgit dengan lukisan saya! Saya memang boleh kerana saya memang seorang pelukis! Bagaimana pula dengan anda? Bolehkah anda lakukan perkara yang sama? Mungkin ya jika anda seorang pelukis, namun bagaimana jika tidak?

Di sinilah masanya untuk anda menjadi seorang yang kreatif! Jika anda tidak boleh melukis, anda boleh upah saya dengan harga yang berpatutan. Katakan anda mengupah saya melukis sebuah jadual waktu untuk pelajar sekolah. Anda kemudian pergi mencetak lukisan itu ratusan keping dan menjualnya di sekolah-sekolah. Dengan pelan pemasaran yang baik anda mampu menjana wang ribuan ringgt hanya dari lukisan tersebut.

Jadi siapa yang lebih kreatif sebenarnya? Ya! Tentulah anda! Sebab itu anda perlu faham, kreatif tidak bermaksud seorang pelukis, pereka grafik, penulis novel dan sebagainya sahaja. Kreatif merangkumi semua aspek samada pemasaran, idea, perkembangan projek, inovasi produk, rancangan dan sebagainya!

Saya ambil contoh lagi, rakan designer kami yang telah mengumpul logo-logo vector Ai selama 3-4 tahun hanya menggunakan logo tersebut untuk merekabentuk grafik. Sebaliknya kami telah mengubahsuai ia menjadi sebuah produk yang menarik. Dari inovasi ini, kami berjaya menjana wang ratusan ringgit dalam masa beberapa hari sahaja! Kami berikan pula peluang kepada para pembeli produk tersebut hak untuk menjualkannya kembali dan mengubahsuai produk tersebut kepada item-item berasingan supaya menjadi lebih unik. Adakah anda rasa kami masih mengeluarkan produk yang sia-sia?

Tidak kira betapa bagus produk yang dikeluarkan, faktor kejayaan, keunikan, manfaat dan kelebihan produk semuanya bergantung kepada kreativiti para pengguna itu sendiri. Jika seorang pereka grafik hanya tahu menghasilkan grafik, beliau mungkin seorang yang kreatif dalam grafik, tetapi tidak cukup kreatif untuk berjaya.

Ingat, berikan kertas kosong kepada orang biasa, mereka hanya mengsia-siakan kertas tersebut, berikan kertas kosong kepada seorang yang kreatif, mereka boleh menghasilkan wang ratusan dan mungkin ribuan ringgit dari kertas itu! Jangan sia-siakan apa yang telah anda beli dari kami. Jangan rasa tertipu kerana perasaan itu menutup hati anda untuk berfikiran jauh. Jika anda burn kesemua item yang anda beli ke dalam DVD dan jualkannya kepada sebuah kedai pengiklanan dengan harga RM50 contohnya, anda telah pun berjaya menjana keuntungan. Luaskan pemandangan, idea dan rancangan! Jadilah seorang yang KREATIF!

Leave a Comment

Filed under Uncategorized

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s